Kerap Kentut, Pelajar Diarah Berjanji …

UTSUNOMIYA: Seorang pelajar sekolah rendah pendidikan khas di Jepun diminta menulis perjanjian untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukannya di dalam kelas.

Karangan pelajar itu kemudiannya ditampal di kelas berkenaan untuk tontonan rakan-rakannya dan juga guru.

“Saya hanya akan kentut di tandas atau ketika waktu rehat,” demikian tulis pelajar di sebuah sekolah di Tochigi Utara.

Laman berita Japan Today melaporkan, guru kelas pelajar khas itu memintanya menulis catatan itu kerana dia kerap terkentut di dalam kelas.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Jun tahun lalu, bagaimanapun identiti pelajar dan guru berkenaan tidak didedahkan.

Selain ayat diatas, catatan perjanjian itu juga menyebut: “Jika saya melanggar perjanjian ini, saya akan berlari 10 pusingan di kawasan sekolah.”

Bagaimanapun, pelajar itu tidak diarahkan supaya berlari di sekeliling kawasan sekolah berkenaan.

Seterusnya pada bulan sama, catatan pelajar itu telah diturunkan selepas mendapat bantahan pihak tertentu yang menganggap hukuman seumpama itu tidak wajar.

Malahan, pihak sekolah berpendapat adalah sukar untuk menghalang sesuatu yang berlaku secara semulajadi.

Kejadian itu hanya dilaporkan kepada lembaga pendidikan wilayah itu pada akhir Mac ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *