WANITA!! ANDA WAJIB BACA NI TIP MEMASTIKAN RAHIM & FARAJ YANG SIHAT SEPANJANG USIA… PETUA YANG SANGAT BERGUNA!…

WANITA!! Anda Wajib Baca Ni Tip Memastikan Rahim & Faraj Yang Sihat Sepanjang Usia… Petua Yang Sangat Berguna!…

1. Mandi serum

Adalalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Lebih lagi bagi yang jenis banyak angin kuss kuss tu.

Maka daun2 yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
Daun pandan
Daun limau purut
Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Halia

Haissshh banyak lagi boleh ditambah.
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Glowing2 gitu.

Mandi serum paling simple yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak? Cuba dan rasakannya sendiri. Ala2 spa tradisional gitu.

2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang je, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.

Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu2 untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling simple untuk tangas basah adalah sirih+ manjakani
Tangas kering pula manjakani+ kunyit+halia+ halba+ perahan limau
Alaa..barang kat dapur je kan?

3. Rendaman faraj.

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani.
Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap.

Lain pula jadi karang. Rendaman faraj dan tangas ni sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang.

Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama2 timbul lah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan.

Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul. Banyak kebaikkan dari meruang ni.

Nak tahu rahim jatuh atau x meruanglah
Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah
Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah..

Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak?

Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah. Antara rajin atau tidak sahaja, Antara mahu atau tidak sahaja. Tiada siapa memaksa,nak lebih usaha perlu lebih.
Tapi apa pun berjamu untuk dalaman jangan lupa. Itu perlu ya. InsyaAllah!!

Tak ramai wanita yang tahu terutamanya anak-anak remaja zaman sekarang akan kebaikan meruang. Meruang miss v adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam miss v dengan menggunakan jari telunjuk. Orang lama memang mengamalkan meruang ini bagi memastikan miss v sentiasa sihat.

Kebiasaannya meruang ini dilakukan setiap kali selepas habis berpantang bersalin. Wanita terdahulu memang melakukan kaedah meruang ni kerana:

Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
Mencegah dari keputihan
Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi

Meruang dilakukan setiap kali hadas besar. Ia boleh dilakukan dengan 3 posisi.

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl







Cara Meruang

Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar)
sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.
Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu.
Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.


Melalui proses ini setiap wanita akan dapat merasa tiang seri kembali mantap. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda masih tidak rapi.

Pada peringkat awal anda akan rasa nyeri sedikit jika tidak biasa melakukannya. Cuba tenangkan diri dan tarik nafas. Lakukan secara perlahan. Rasanya sedikit nyilu tetapi kebaikkan sepanjang hayat!! Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *