Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Yang Terbukti Berkesan! InsyaAllah Usaha Selagi Mampu..

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Yang Terbukti Berkesan! InsyaAllah Usaha Selagi Mampu…


Dikongsikan oleh Norsuhaila Mohd Zuki, tentang kebaikkan pokok dukung anak ni. Jom baca.

Saya baru balik berurut dengan seorang makcik.. dia beritahu anaknya dah 4 tahun kahwin tak dapat zuriat, dan ada orang beritahu agar rebus daun dukung anak ni dan minum… Alhamdulillah anaknya baru selamat bersalinkan anak pertama 2 bulan yang lalu… begitu juga dengan kawan kawan anknya yang tak dapat anak pun lepas minum air daun ni terus mengandung.

Saya kongsikan perkara ni mana tahu dapat membantu para wanita di luar sana yang masih tidak dikurniakan zuriat. Saya tak jual daun ni ya šŸ˜‚ Ni makcik tu petikkan di belakang rumahnya masa saya nak balik tadi sebab makcik tu kata boleh tunjuk pada rakan rakan yang lain..makcik tu pun sebelum ni tak pernah tahu tentang kebaikan daun ni, bila ada yg beritahu anknya dan Alhamdulillah dgn izin Allah, anknya dapat zuriat dan sebab tu dia mula kongsikan… makcik tu kata daun ni mudah ditemui, kadag kadang tumbuh sekitar pasu pasu bunga.. untuk bayi kena kuning pun elok juga… baru teringat makcik tu ada beritahu…

Tips nak rebus:

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air.
Rebus sampai airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.
Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.

LEBIH TIPS UNTUK ANDA…

Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.

Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi merek yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsianĀ Habibah Badar Bajraiini.

RESEPI LUTUT POWER

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

RESEPI LUTUT POWER

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air

Cara

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

Sumber: Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *