Ketahuilah Ada Rahsia di Setiap Jari Anda! Baca dan Anda Pasti Kagum!…

Ketahuilah Ada Rahsia di Setiap Jari Anda! Baca dan Anda Pasti Kagum!…


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan … “Allahu Akbar” sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah… naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?

Lebih Artikel Yang Anda Perlu Tahu.

Tahukah Anda Masakan Yahudi?

Masakan Yahudi bukan satu masakan, tetapi sebuah koleksi masakan antarabangsa yang dikaitkan dengan hukum pemakanan Yahudi (kashrut) dan tradisi cuti Yahudi. Sesetengah makanan, terutamanya daging babi dan kerang-kerangan, adalah dilarang seperti daging dan tenusu tidak dimakan bersama, dan daging mestilah daripada binatang yang disembelih dengan upacara amal serta dibubuh garam untuk menyingkirkan semua darah.

Terdapat upacara amal yang istimewa berkenaan dengan wain dan roti. Disebabkan oleh taburan geografi Yahudi yang luas, jenis masakan Yahudi adalah sangat banyak dari segi ramuan dan pengaruh tempatan pada cara makanan itu disediakan dan dihidangkan.

Tanda U dalam bulatan bererti produk tersebut disahkan kosher oleh Orthodox Union (OU). Perkataan “Pareve” menunjukkan bahawa produk itu tidak mengandungi bahann dari susu atau daging.

Kashrut (bahasa Ibrani: כַּשְׁרוּת kašrût) atau Kosher bermaksud makanan “suci” atau “sesuai”. Sesuatu makanan tersebut akan dikira sebagai suci jika penyediaannya adalah mengikut cara-cara yang diajarkan di dalam kitab Taurat, jika tidak disediakan mengikuti syarat-syarat tersebut, makanan tersebut haram dimakan dan dilarang dimakan. Daripada segi teorinya, Konsep Kosher ini lebih kurang sama dengan konsep “Halal” yang diguna pakai oleh orang-orang Islam namun dari segi praktikalnya ia amat berbeza sama sekali.

Makanan yang tidak sesuai dengan hukum Yahudi diistilahkan treifah atau treif (טְרֵפָה ṭərēp̄āh) (“terkoyak”); istilah ini asalnya merujuk kepada binatang (dari spesies yang kosher, misalnya lembuatau biri-biri) yang disembelih dengan cara yang silap atau dilukai hingga mati oleh binatang buas dan kerana itu tidak layak dimakan manusia. Di antara orang-orang Sefardi, istilah ini biasanya hanya merujuk pada daging yang tidak kosher.

Hukum dasar kosher ditemukan dalam Kitab Imamat di dalam Taurat, yang diuraikan secara terperinci dengan lisan (Mishnah dan Talmud) dan dikanunkan oleh Shulkhan Arukh dan kemudian oleh pimpinan rabai. Ada banyak sekali alasan yang dikemukakan untuk hukum-hukum ini, yang menganjur dari falsafah dan ritual hinggalah praktikal dan kebersihan.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *