Inilah Resepi Air Kencur Yang Sangat Membantu Membaikpulih Masalah Dalaman Wanita!… Warisan Generasi ke Generasi yang Terbukti Berkesan!…

Inilah Resepi Air Kencur Yang Sangat Membantu Membaikpulih Masalah Dalaman Wanita!… Warisan Generasi ke Generasi yang Terbukti Berkesan!…


Kami nak kongsi petua ini dengan anda terutamanya wanita bagi membaikpulih masalah dalaman wanita dengan resipi air kencur ini. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air Kencur

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air

Cara Penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.

Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Bila berjamu, jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam.

Bila amalkan jamu, pastikan minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Antara kebaikan air kencur adalah menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, pecah angin dalam urat saraf, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.

Sumber: Sinar fm

LEBIH TIPS UNTUK ANDA…

Penyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.

Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.

“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.

“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.

Bahan-bahan:

2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air

Cara Membuat:

Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.

Sumber: Keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *