Awas Ramai TAK TAHU! Berdosa Besar Suami Beri Nafkah Begini Pada Isteri ! Kongsikan Pada Para Suami!…

Awas Ramai TAK TAHU! Berdosa Besar Suami Beri Nafkah Begini Pada Isteri ! Kongsikan Pada Para Suami!…

Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Namun Awas! Berdosa besar suami beri nafkah begini pada isteri !!!

Awas Ramai TAK TAHU! Berdosa Besar Suami Beri Nafkah Begini Pada Isteri !!! | BISKUT MANIS – Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

TURUTAN NAFKAH SUAMI

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

ISTERI KAYA DAN BERADA? INI SUAMI PERLU LAKUKAN..

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

BERI NAFKAH PADA ORANG LAIN

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan

Sumber : Sahabat Mahkamah Syariah

LEBIH ARTIKEL TAULADAN…

PAGI SEMALAM SAYA TERJUMPA BENDA INI DI BELAKANG RUMAH KAT CELAHAN POKOK KARI. SAYA WAKTU TU TAK FIKIR APA² DAN AMBIL BENDA TU..NAK BUKA TAPI RASA WAS². SAYA TUNGGU SAMPAI SUAMI BALIK KERJA. TAPI SEBELUM SUAMI BALIK KERJA SAYA DAH MINTA PAKCIK SEBELAH RUMAH TOLONG BUKAKAN…

Gambar di atas sekadar hiasan

Assalamualaikum.. Saya dengan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk Allah, hasad dengki, irihati, dan segala hal yang tak diingini.

Pagi semalam saya terjumpa benda ini di belakang rumah kat celahan pokok kari. Saya waktu tu tak fikir apa² dan ambil benda tu..nak buka tapi rasa was². Saya tunggu sampai suami balik kerja. Tapi sebelum suami balik kerja saya dah minta pakcik sebelah rumah tolong bukakan.

Mashaallah.. Pada Allah kami memohon jauhkan kami dari segala perbuatan syirik. Dalam bungkusan tu ada berus dawai, 4 batang jarum, beberapa helai rambut, beras dan lada hitam di bungkus menggunakan kain barut bayi.

Pada malam semalam juga suami saya telah berjumpa dengan seorang Ustaz yang mahir tentang hal ni.. Dan Ustaz tu mengatakan itu adalah santau untuk merosakkan rahim.. Mungkin kerana sifat irihati melihat rezeki anak kembar 2 & 3 yang Allah kurniakan pada kami.. Dan kemungkinan motifnya agar saya tidak dapat melahirkn zuriat lagi.

Ustaz tu tahu sangat dengan benda tu. Ustaz itu meminta kami untuk menghanyutkan benda ni kat laut atau sungai dengan benda tu dalam bekas yang bertutup rapat.. Dan andai diizinkan Allah Ustaz tu akan datang rumah kami nanti untuk memagar dengan air Yasin dan saya juga di minta untuk minum air bacaan Yasin.. Dalam masa yang sama kami terus meminta pertolongan pada Allah..

Kami tak sangka di arus kemodenan ni masih ada lagi terselit perbuatan syirik ni dikalangan kita umat islam.. Saya memohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari segala hasad dengki, irihati, dan di jauhkn dari segala marabahaya.

Semoga apa yang terjadi pada kami ni dijauhkn kepada orang lain.. Kami tiada musuh mahupun orang yang sakit hati pada kami.. Tapi andai ada niat terselindung wallahualam.. Nauzubillah hi minzalik…minta Allah jauhkan..

Kami akan sentiasa memohon minta pertolongan pada Allah dan selebihnya kami serahkan segalanya pada pencipta..

Aamiin..

Sumber : Pages Penang Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *