Allahuakhbar !!! Aroma Kasturi Keluar Dari Hidung Saat Mandikan Jenazah Wanita 20-an Ini Buat Ramai TAKJUB !

Allahuakhbar ! Aroma Kasturi Keluar Dari Hidung Saat Mandikan Jenazah Wanita 20-an Ini Buat Ramai TAKJUB ! Ternyata Inilah Amalan Gadis Ini Ketika Masih Hidup!… Benarlah Janji Allah…

SubahnaAllah, kuasa Allah. Seorang wanita remaja mengalami kecelakaan kemalangan. Takdir Allah, wanita ini meninggal dunia. Alangkah terkejutnya saat mandikan jenazah remaja wanita ini tiada luka. Tiba2 satu bau kasturi keluar dari hidung remaja ini. Selepas di selidiki ternyata ini amalan yang remaja wanita ini buat ramai tak sangka…

Allahuakhbar !!! Aroma Kasturi Keluar Dari Hidung Saat Mandikan Jenazah Wanita Ini Buat Ramai TAKJUB !!! | Era Barus – Ummu Ahmad ad-Du’aijy berkata ketika ia ditemui Majalah Yamamah tentang kematian seorang gadis berusia 20 tahun pada kecelakaan kenderaan. Beberapa saat sebelum meninggal, ia pernah ditanya oleh keluarganya “Bagaimana keadaanmu wahai fulanah.?” Ia menjawab, “Baik, alhamdulillah.” Tetapi beberapa saat setelah itu ia meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

Mereka membawanya ke tempat memandikan mayat. Ketika kami meletakkan mayatnya di atas kayu pemandian untuk dimandikan, kami melihat wajahnya ceria dan tersimpul senyuman seakan-akan ia sedang tidur. Di tubuhnya tidak ada cacat, patah dan luka. Dan anehnya (sebagaimana yang dikatakan ummu Ahmad) ketika mereka hendak mengangkatnya untuk menyelesaikan mandinya, keluar benda berwarna putih yang memenuhi ruangan tersebut menjadi harum kasturi. Subhanallah! Benar ini adalah bau kasturi. Kami bertakbir dan berdzikir kepada Allah sehingga anakku yang merupakan sahabat si mayat menangis melihatnya.

Kemudian aku bertanya kepada bibi si mayat tentang wanita ini, bagaimana keadaannya semasa hidup? Ia menjawab, “Sejak mendekati usia baligh, ia tidak pernah meninggalkan sebuah kewajiban, tidak pernah melihat filem, sinetron dan muzik. Sejak usia tiga belas tahun, ia sudah mulai puasa Isnin-khamis dan ia pernah berniat secara sosial membantu memandikan mayat. Tetapi ia terlebih dahulu dimandikan sebelum ia memandikan orang lain. Para guru dan teman-temannya mengenang ketakwaannya, akhlaknya dan pergaulannya yang banyak berpengaruh terhadap teman-temannya baik ketika masih hidup maupun setelah meninggal.”

Aku katakan,
“Benarlah perkataan syair,
Detak jantung seseorang berkata kepadanya,
bahwa kehidupan hanya beberapa minit dan detik saja.
Camkanlah itu dalam dirimu sebelum engkau mati,
Seorang insan mengingat umurnya yang hanya sedetik.”

Dan perkataan yang lebih baik dari itu adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’a, “Dan Allah telah menjadikanku selalu berbakti di manapun aku berada.” (Maryam: 31).

Lalu ummu Ahmad melanjutkan ceritanya, Ada lagi jenazah seorang gadis yang berumur 17 tahun. Para wanita memandikannya dan kami melihat jasadnya berwarna putih lalu beberapa saat kemudian berubah menjadi hitam seperti kegelapan malam. Hanya Allah-lah yang mengetahui tentang keadaannya. Kami tidak sanggup bertanya kepada keluarganya, agar kami dapat menyembunyikan aib jenazah. Hanya Allah-lah yang Maha Tahu.

Kita bermohon kepada Allah keselamatan dan kesehatan.

Wahai saudariku apakah dua kisah ini dapat engkau jadikan sebagai pelajaran? Apakah engkau akan mengikuti jejak orang shalih ataukah engkau menjadikan wanita-wanita fasik dan durhaka sebagai tauladan? Kematian bagaimanakah yang engkau pilih?

Kisah ini dicantumkan dalam Majalah al-Yamamah edisi 1557 tanggal 14 Shafar 1320 H.

Sumber: Serial Kisah Teladan karya Muhammad bin Shalih al-Qahthan

Sumber : kisahIslam

LEBIH ARTIKEL UNTUK ANDA…

PATUTLAH ANAK-ANAK TIRINYA SAYANG LISDAWATI.. LIHATLAH APA YANG LISDAWATI BUAT..

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..

Lisdawati merupakan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi yang mempunyai anak-anak bersama bekas isterinya.

Sering dilihat anak-anak tiri amat rapat juga dengan Lisdawati dan ternyata ianya benar sama sekali.

Ramai yang menyukai hubungan Lisdawati dengan anak-anak tirinya dan layanan yang diberi oleh pelakon cantik ini memang dipuji ramai.

Ini komen Lisdawati:

“Saya bersyukur kerana anak-anak hasil perkahwinan terdahulu suami, Fauzi Nawawi dapat menerima kehadiran saya.

DEKATI DENGAN KAISH SAYANG

“Ketika mula-mula berkahwin dahulu, mereka masih kecil. Saya banyak mendekati mereka menggunakan pendekatan kasih sayang dan sikap prihatin. Saya akan menasihati mereka jika mereka membuat kesilapan. Alhamdulillah, semakin lama hubungan kami semakin baik.

TEGAS DIDIK ANAK

“Keempat-empat anak tiri saya iaitu Fatihah, 21, Faris, 20, Farisha, 18 dan Fikri, 15 akan tinggal dengan saya setiap kali musim cuti sekolah atau setiap kali mereka berada di Kuala Lumpur. Dalam mendidik anak-anak, saya tetap tegas sama ada dengan anak kandung mahu pun anak tiri. Saya selalu memberitahu mereka, saya marah atau tegur kerana sayang. Bukan kerana benci. Saya lakukan semua itu dengan tujuan nak didik mereka. Saya juga mama mereka, selain ibu kandung mereka. Saya dah anggap seperti anak. Jadi, takkan saya tak boleh tegur atau marah anak sendiri? Biasanya saya akan terangkan apa sebabnya saya marah. Saya takkan marah tanpa sebab.

“Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan. Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Saya perhatikan anak remaja sekarang terlalu asyik dengan telefon bimbit hingga jadi malas. Bila disuruh buat kerja rumah pun tak diendahkan. Saya tak nak anak-anak saya macam itu.”

LAYAN ANAK MACAM RAKAN

“Ada juga yang tak percaya saya boleh baik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya juga akan layan anak-anak tiri macam kawan-kawan. Ada masa kami bersembang dan keluar bersama seperti menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan. Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga.

“Dan si ayah pun kena faham jika kita marah anak-anak dia. Jangan pula sokong mereka jika mereka buat salah. Itu pun penting juga agar tidak timbul konflik. Selebihnya, kena banyak berdoa agar hubungan itu kekal harmoni,”

BAWA ANAK BERCUTI BERSAMA

Lis juga dikatakan tidak pernah meminggirkan anak-anak tirinya jika hendak pergi bercuti. Lis dan Fauzi akan membawa semua anak bersama-sama.

“Jika tidak sibuk, saya akan aturkan percutian untuk keluarga besar kami. Saya bahagikan kepada dua jenis percutian. Ada percutian yang melibatkan saya, suami dan semua anak termasuk anak-anak tiri. Sebaliknya jika suami sibuk, saya akan pergi bercuti bersama emak dan adik-beradik sebelah saya sahaja. Saya seorang yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan saya dengan adik-beradik saya rapat.”

KOMEN ANAK TIRI

Salah seorang anak tirinya ialah Farisha yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Farisha memberitahu dia dan Lisdawati memang amat rapat.

Ini komennya:

“Ketika baba kahwin dengan mama dulu, saya berumur enam tahun. Mama pandai ambil hati kami. Tapi sebelum itu baba dah kenalkan mama kepada saya empat beradik. Bila mereka kahwin, tak ada masalah kerana kami dah rapat dengan mama.”

Untuk pengetahuan, Farisha mendapat keputusan 10A dalam SPM. Cantik dan bijak orangnya.

Sumber: Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *