Pernah Ditegur Mengenai Bau Badan? Inilah Tips Wangi Sentiasa Terutama Untuk Suami… Wanita Dah Bersuami Kena Amalkan Cara Begini Untuk Hilangkan Bau Badan!

Pernah Ditegur Mengenai Bau Badan? Inilah Tips Agar Wangi Sentiasa Terutama Untuk Suami… Wanita Dah Bersuami Kena Amalkan Cara Begini Untuk Hilangkan Bau Badan!


Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Mungkin?

Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.

Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.

Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.

Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!

1. Guna Daun Sirih

Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.

2. Mandian Susu

Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.

3. Ratakan Timun

Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

4. Air Cengkih

Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.

Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.

1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.

2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.

3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.

4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.

5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.

Bagaimana Perpeluhan Berlaku?

Peluh terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.

Kelenjar peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan pada permukaan halus pada bibir.

Kelenjar peluh yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur yang khusus.

Perpeluhan atau keringat normal adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.

Sumber: Keluarga.my

LEBIH TIPS UNTUK ANDA…


APA ITU JERAGAT (MELASMA)?

Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalahkulit tanpa mengira peringkat usia.Terdapat lebih 3000 masalah kulit yang dapat dikesan oleh pakar dermatologidan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu.

Sudah pasti bagi mereka yang ada masalah ini kan menjadi murung dan tidak berkeyakinan. Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya,jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.

Disini kami akan kongsikan cara-cara hilangkan jeragat di wajah anda dalam masa yang singkat dengan menggunakan 4 bahan-bahan semulajadi yang semestinya selamat dan tidak berbahaya!

JOM CUBA!

Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan2 semula jadi dan sedia ada di rumah

Bahan-bahan:

kunyit hidup
beras yang direndam
air limau nipis
putih telur

Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.

Adunan yg telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Siap….mudah dan ringkas

Setiap individu punya kulit yang berbeza-beza.Tidak semestinya si kawan sesuai pakai itu kita pun sesuai,dan tidak semestinya skin care yang mahal itu sesuai dan baik untuk kita..Kesimpulannya petua tradisional lebih baik berbanding skin care yang ada di pasaran.

Sumber: http://keluargatilljannah.com/

Masih Ambil Nasi Sebagai Makanan Harian, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun 10 Kg Dalam 2 Bulan!

Masih Ambil Nasi Sebagai Makanan Harian, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun 10 Kg Dalam 2 Bulan! Jom Cuba…


Masalah berat badan sering kali menjadi perkara utama yang mengganggu fikiran sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan hilang keyakinan diri hingga membuatkan rasa malu dengan penampilan diri.

Bermacam cara untuk menguruskan badan dibuat tapi kebanyakannya menggunakan produk yang nilainya mencecah ratusan ringgit. Lelaki bernama Harith Faisal ini berkongsi rahsia hanya dengan satu cara ini, dia mampu menurunkan berat badannya sehingga 10kg tanpa pengambilan sebarang suplemen.

TEH HIJAU: 2 BULAN TURUN 10KG

Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet dua bulan ni. Yup! Hari ni genap dua bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spageti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.

Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skill meng google saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari:

Dapat berikan tenaga.
Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
Dapat tingkatkan metabolisme.
Sekali gus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takde gula, takde susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

Kat mana nak beli? 99 Speedmart.

Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)

Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.

Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tabiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.

Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah.” Itu motivasi untuk saya.

Haha! – HF via http://www.pesonapengantin.my

LEBIH TIPS UNTUK ANDA

Ditegur suami kerana masalah bau badan mungkin satu igauan ngeri buat semua wanita bergelar isteri. Kalau boleh sebaiknya jauhkanlah kata-kata macam ni daripada suami. Rasa down yang amat sangat. Mungkin?

Sebelum suami buka mulut menegur atau kawan sebelah pun dah rasa tak selesa, apa kata ada baiknya anda mencuba petua yang disediakan ini. Wangi bukan hanya untuk suami, kita pun akan lebih yakin kalau sentiasa rasa wangi dan segar.

Masalah bau badan berlaku bukan hanya disebabkan oleh peluh semata-mata. Bau yang timbul ini sebenarnya diolah daripada bakteria dan virus yang membiak dengan baik sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak.

Kombinasi antara bakteria dan peluhlah yang menyebabkan bau-bauan yang membuatkan anda tidak selesa sehingga ada yang mula menjauhkan diri tanpa sedar.

Macam mana nak atasi masalah bau badan menggunakan kaedah tradisional dan menjimatkan? Ada baiknya anda cuba langkah ini!

1. Guna Daun Sirih

Daun sirih antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Menurut petua sesetengah pihak, daun sirih yang diramas dengan campuran tawas kemudiannya diletakkan dibahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagain tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.

2. Mandian Susu

Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.

3. Ratakan Timun

Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

4. Air Cengkih

Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.

Dalam apa jenis keadaan dan cara rawatan sekalipun, pastikan anda melakukan penjagaan diri yang tepat dan munasabah. Tip di bawah ni akan kena buat untuk elakkan badan berbau.

1. Usahlah memakai pakaian yang berulang kali tanpa dibasuh. Ini untuk mengelakkan bakteria yang terlekat dipakaian kembali ke tubuh gara-gara pakaian yang tidak dibasuh.

2. Pastikan mandi diatur dengan baik. Sebaik berpeluh, mandi dan bertukarlah kepada pakaian yang baru.

3. Amalkan penjagaan diri yang bersih dan terpelihara.

4. Jangan kerap makan makanan jenis berbau seperti bawang besar yang meninggalkan bau badan kurang enak.

5. Jika anda jenis berpeluh, bijaklah dalam memilih fabrik. Fabrik cotton yang lembut amat disarankan.

Bagaimana Perpeluhan Berlaku?

Peluh terjadi daripada lapisan kulit kasar yang mengalami proses pengelupasan atau sel kulit mati. Sel kulit mati ini pula datangnya daripada lapisan epidermis yang mengandungi sekitar 2.4 juta kelenjar. Ia akan berlaku dalam kepelbagaian kadar kepekatan pada daerah badan yang berbeza secara purata pada 1500 hingga 3000 sentimeter.

Kelenjar peluh berada pada kawasan-kawasan yang mempunyai daya kepekatan yang tinggi biasanya pada sekitar tapak tangan, tapak kaki sebaliknya bukan pada permukaan halus pada bibir.

Kelenjar peluh yang terdiri daripada lingkaran tiub yang berbentuk saluran yang bersambung pada hujung liang roma. Dinding tiub meliputi sel-sel yang mana air dan garam berkumpul dari saluran darah dan keluar dari salur yang khusus.

Perpeluhan atau keringat normal adalah penting untuk menjaga suhu badan. Perpeluhan adalah mekanisme pengatur suhu tubuh, penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.

Sumber: Keluarga.my

Katakanlah Selamat Tinggal Kepada Batu Karang Anda Dengan Hanya Setengah Cawan Minuman Ini!…

Katakanlah Selamat Tinggal Kepada Batu Karang Anda Dengan Hanya Setengah Cawan Minuman Ini!…


Menurut statistik terbaru, pakar mengatakan bahawa lebih daripada 26 juta rakyat Amerika mempunyai penyakit ginjal dan 1 dari 3 orang dewasa Amerika kini beresiko untuk mengembangkan penyakit ini. Ini benar-benar mengejutkan, kan? Pakar-pakar perubatan memberi amaran bahawa di Amerika Syarikat sahaja, penyakit buah pinggang membunuh lebih ramai orang daripada kanser payudara atau prostat.

Apakah batu karang?

Batu karang adalah kecil, deposit keras yang terbentuk di dalam ginjal anda, dan ia boleh menyebabkan masalah serius untuk buah pinggang anda. Batu karang diperbuat daripada garam mineral dan asid.

Ini adalah faktor risiko dan sebab yang paling biasa: makan terlalu banyak daging dan tidak cukup sayuran atau pengambilan cairan yang tidak mencukupi dan dehidrasi. Anda harus tahu bahawa batu karang terbentuk apabila air kencing anda mengandungi lebih banyak bahan pembentuk kristal – seperti kalsium, oksalat dan asid urik – daripada cecair dalam air kencing anda boleh mencairkan.

Pertama, anda harus tahu bahawa rawatan perubatan standard untuk batu karang adalah kalium sitrat. Satu kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa lemon mempunyai “keupayaan” yang unik – ia dimuatkan dengan sitrat semulajadi. Doktor dan pakar perubatan telah mendapati bahawa jus lemon boleh menjadi terapi pencegahan yang berkesan untuk orang-orang yang terdedah kepada batu-batu karang yang kerap.

Para ahli memanggilnya – Terapi Lemonade.

Resipi buatan sendiri adalah sangat mudah, mudah dibuat dan akan membantu anda menyingkirkan batu karang dan akan meningkatkan fungsi buah pinggang dengan ketara.

Anda hanya perlu mengikut arahan mudah.

Meningkatkan Kesihatan Ginjal Anda Dengan Hanya Separuh Piala Minuman Ini

Inilah yang perlu anda lakukan:

Anda hanya perlu mengambil setengah cawan (4 auns) jus lemon tulen setiap hari atau 32 auns limau yang disediakan.

Ini akan memberikan kira-kira jumlah asid sitrik yang sama seperti terapi farmakologi.

Anda hanya perlu campurkan 2 oz. Daripada jus lemon dengan 6 oz. Air dan minum dua kali sehari – sekali pagi dan sekali petang – untuk mencapai matlamat 4 oz. Jus lemon setiap hari.

Bagaimanakah perlindungan CIDRIC ACID terhadap BATU KIDNEY?

Dan sekarang, anda mungkin bertanya kepada diri sendiri – bagaimana ia berfungsi – baik, asid sitrik menghalang pembentukan batu dan memecahkan batu-batu kecil yang mula terbentuk. Lebih banyak asid sitrik dalam air kencing anda, semakin banyak perlindungan anda terhadap pembentukan batu karang yang baru. Asid sitrik menjadikan air kencing kurang baik untuk pembentukan batu. Ia memecahkan batu-batu kecil dan menghalangi mereka daripada menjadi batu yang lebih besar, dengan melapisi mereka dan menghalang bahan lain dari melampirkan dan membina batu.

Seperti yang kita katakan, lemon dan limau dimuatkan dengan asid sitrik. Bentuk farmaseutikal asid sitrik, juga dikenali sebagai kalium sitrat, sangat berkesan merawat batu karang. Tetapi, ini boleh menjadi sangat mahal dan anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tablet setiap hari.

Air Tea O Halia Penyegar Badan, Siapa Sangka Minuman Ini Boleh Hapuskan Lemau Badan Sekelip Mata!

Air Tea O Halia Penyegar Badan, Siapa Sangka Minuman Ini Boleh Hapuskan Lemau Badan Sekelip Mata!…


Minuman ini bukan sebarang minuman ya sebab khasiatnya cukup bagus untuk dicuba. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Lyndah Abraham, khas buat anda yang jenis cepat lemau di musim raya. Ok, jom semak!

Nak kongsi petua untuk anda yang sibuk start kemas rumah selepas selesai rumah terbuka, mesti badan lemau. Jadi inilah ubatnya!

Tak payah pun, anda cuma perlukan sediakan bahan yang memang ada kat dapur rumah…

Sesuai:

1. Seisi keluarga. (lelaki dan wanita)
2. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau.

Resepi:

1. Halia
2. Daun Pandan
3. Gula (gula kabung/gula batu)
4. Uncang tea

Cara-caranya:

1. Rebus air + halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api. Masukkan air panas tadi ke dalam jug atau cawan, kemudian letak gula dan uncang tea (seperti bancuh tea biasa).
3. Siap untuk dihidang.

LEBIH TIPS UNTUK ANDA…

Seorang wanita umur 30 membuka rahsia yang diamalkan untuk miliki kulit cantik merah jambu dengan hanya ikut petua orang dulu-dulu.

Ya, kalau ikutkan sekarang ini cukup mudah nak jadi cantik sebab ada macam-macam jenis alat kosmetik di pasaran. Namun kalau anda jenis suka menggunakan petua-petua orang dulu, ini salah satu amalan yang bagus untuk dicuba.

Kebanyakan wanita zaman sekarang memang tak amalkan langsung petua tradisional kerana dianggap leceh dan perlu dibuat sendiri. Tapi kalau anda dapat rasai sendiri kesannya, memang WOW!

Ok, jom godek apa bahan yang digunakan dalam petua tradisional yang dikongsi saudari Afieyzea Aleeschaylee…

BUKAN HANYA CANTIK LUARAN, DALAMAN PUN CANTIK

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.

SUSU KUNYIT BADAM MADU

Bahan–bahan:

Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara buat:

Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.

NOTA:

Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Sumber: Mingguan Wanita

URUTAN SATU MINIT UNTUK ATASI MASALAH HIDUNG BAYI TERSUMBAT AKIBAT SELESEMA. MAK-MAK WAJIB TAHU!

Bila anak yang masih bayi terkena selesema selalunya mak-mak takkan dapat tidur. Bayi selalunya akan meragam kerana dia pun rasa tak selesa dek hidung yang tersumbat.

Sebab itulah mak-mak ni akan usaha macam macam cara dan petua untuk hilangkan masalah selesema pada bayi.

Selain petua letak bawang atau guna minyak bawang putih yang pernah viral satu ketika dulu sebenarnya ada teknik urutan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah hidung bayi tersumbat ketika selesema.

Ibu-ibu yang ada anak kecil kena tahu cara urutan ini. Paling best ia hanya memerlukan masa satu minit saja untuk dilakukan.

Apa yang diperlukan cuma minyak bayi atau minyak telon untuk menghangatkan tubuh bayi.
Langkah 1

Baringkan bayi dan ratakan minyak pada tangan ibu. Letakkan tangan pada dada bayi lalu gosok dengan gerakan bentuk hati.
Langkah 2

Selepas itu gosok bahagian dada bayi dengan gerakan tangan menyilang secara berganti-ganti.

Langkah 3

Akhir sekali letakkan kedua jari telunjuk ibu pada bahagian atas hidung bayi, gosok perlahan-lahan ke arah atas kemudian melintasi bawah mata, belakang telinga dan leher. Ulang gerakan ini sebagai tiga kali.

Senang saja kan! Sila hafal cara urutan ini untuk dipraktikkan bila anak terkena selesema ya!

mce-fragment=”1″>

Sumber: The AsianParent

ANDA TERINGIN ANAK KEMBAR? INILAH 8 TIP PELUANG HAMIL ANAK KEMBAR, PERKONGSIAN OLEH DR HAMID ARSHAT… JOM BACA DAN KONGSIKAN!..

Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.

Ramaipasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.

Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.

Berikut antara perkongsian beliau;
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.

kembar

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.

Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar;
1.Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2.Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.

4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.

Sumber:Dr Hamid Arshat

JIKA SUAMI MATI MENGEJUT TINGGALKAN PINJAMAN RUMAH & KERETA. WANITA INI KONGSI CARA URUSKANNYA SEBAGAI PANDUAN WANITA LAIN

Jika Suami Mati Mengejut dan Meninggalkan Hutang Rumah dan Kereta, Wanita ini Kongsikan Panduan Menguruskannya Agar Memudahkan Urusan Para Balu… Kongsikan Agar Ramai Faham dan Tahu!..

Setiap pasangan yang berkahwin berharap mereka akan melayari hidup bersama hingga ke anak cucu.

Namun ajal dan maut itu ketentuan Tuhan. Mungkin juga suami yang menjadi tempat isteri bergantung hidup pergi dulu ketika usia masih muda dan anak-anak masih kecil.

Tiada wanita yang mahu perkara ini terjadi tapi ketentuan Tuhan tidak boleh dielak. Justeru sedikit sebanyak panduan tentang perkara ini perlu kita ketahui.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang wanita di iiumc yang kematian suami secara mengejut. Bagaimana beliau menguruskan pinjaman bank untuk rumah dan kereta yang dibuat atas nama bersama selepas ketiadaan suami, begitu juga urusan insuran, akaun bank dan juga Socso.
Suami meninggal selepas koma tiga minggu
Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada sejaran epilepsi. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini dengan redha.

Namun , saya macam hilang arah sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya. Sampaikan nak makan apa pun dia yang uruskan. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba jelaskan sebaiknya walaupun agak panjang.

1. Pencen Socso
Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di syarikat yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar.

Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Kemudian setiap tahun kena hantar borang ‘renew’ pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.
2. Pinjaman perumahan
Kalau suami ada beli rumah guna nama dia saja, pinjaman akan ‘settle’ sebab dilindungi MRTA. Tapi kami buat joint loan jadi hanya separuh loan settle. Saya terus  bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call kata ada tunggakan. Banyak!  Dalam RM10k.

Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya kata pihak bank waktu tandatangan agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar.

So bank expect RM3k tiap bulan. Tapi tau-tau dah dekat RM10k skali dgn interest lewat bayar. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.
3. Kereta
Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. Ia insuran berbeza dengan insuran kereta.  Insurans kereta yang kita guna bila accident tu semua biasa kan.

Ini adalah insuran macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu.

Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup. Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years saja. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.
4. Insurans
Kalau si mati ada ambil insurans waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, contoh untuk anak dan isterinya. Bila dia meninggal, insurans tu akan sambung secara automatik sebab selalunya ia dilindungi oleh insurans.  Alhamdulillah kan?
5. Akaun Bank
Kalau waris tahu no pin kad ATM si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bagitau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.
6. Surat Kuasa
Okay yang ni agak renyah. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran.

Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)
Berdoalah agar urusan dipermudahkan
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun mereka tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Kemudian Majistret  akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih.

Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni saja urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan orang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

Sumber:  iiumc

Cara Menasihati Isteri yang Enggan Bertudung Dengan Alasan Belom Bersedia!… In syaa Allah Dia Akan Dengar…

Cara Menasihati Isteri yang Enggan Bertudung Dengan Alasan Belom Bersedia!… In syaa Allah Dia Akan Dengar…

Pertanyaan:
Bagaimana caranya menasehati istri supaya mau memakai jilbab ketika keluar rumah,saya sudah berkali-kali menasehatinya dan jawaban istri belum siap, sedangkan dilingkungan kami sangat banyak laki-laki yang lalulalang, supaya terjauh dari fitnah, barokallahu fikum

Jawaban:
Apa yang diperbuat oleh istri Anda adalah kemungkaran, sebab, ia telah membiarkan auratnya terbuka. Ulama’ bersepakat bahwa rambut wanita adalah aurat yang harus ditutupi di depan laki-laki yang bukan mahram. Dalam Al-Qur’an surat An-Nur ayat 31 Allah ta’ala menyinggung masalah tersebut:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung’.” (QS. An-Nur : 31)

Firman Allah ta’ala di atas menunjukkan bahwa rambut adalah aurat yang wajib ditutupi dari dua sisi:

Rambut termasuk perhiasan wanita, dan perhiasan wanita tidak boleh ditampakkan kepada selain orang-orag tertentu dari keluarganya. Tidak ada seorang pun ulama’ yang menggolongkan rambut ke dalam perhiasan yang boleh ditampakkan di depan umum.
Allah ta’ala memerintahkan muslimat untuk menutupkan kain kerudung sampai dada mereka, dan ini secara tidak langsung menunjukkan kewajiban menutupi rambut wanita dari pandangan laki-laki yang bukan mahram.

Oleh karena itu sebagai kepala rumah tangga Anda memang diwajibkan untuk membenahi serta mengkoreksi kesalahan dari anggota keluarga yang Anda pimpin, termasuk istri. Allah ta’ala telah berfirmana pada surat At-Tahrim ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. at-Tahrim : 6)

Adapun cara yang tepat untuk mendakwahi istri yang menolak mengenakan busana yang syar’i adalah dengan metode dakwah yang telah Allah tetapkan dalam surat An-Nahl ayat 125:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan mauidhoh hasanah dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. An-Nahl : 125)

Hikmah diantara tafsirnya adalah berkomunikasi dengan obyek dakwah sesuai dengan keadaan, pemahaman, ucapan dan ketundukannya.

Mau’idhoh hasanah: Memerintahkan sambil menyemangati, dan melarang sambil menakut-nakuti. Diantara caranya dengan menjelaskan maslahat yang terdapat dalam perintah, dan menjelaskan mudhorot yang menyertai larangan (lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman oleh syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di hal.452)

Sumber: salamdakwah.com

Tiap Kali Naik Tangga, Lutut Rasa Sakit, Cuba Resepi Air Rebusan Ini Untuk Kurangkan Sakit Sendi. Mujarab!…

Tiap Kali Naik Tangga, Lutut Rasa Sakit, Cuba Resepi Air Rebusan Ini Untuk Kurangkan Sakit Sendi. Mujarab!…


Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.

Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi merek yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsian Habibah Badar Bajraiini.

RESEPI LUTUT POWER

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

RESEPI LUTUT POWER

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air

Cara

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

Sumber: Siakapkeli

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Yang Terbukti Berkesan! InsyaAllah Usaha Selagi Mampu..

Khasiat Daun Dukung Anak Untuk Dapatkan Zuriat Yang Terbukti Berkesan! InsyaAllah Usaha Selagi Mampu…


Dikongsikan oleh Norsuhaila Mohd Zuki, tentang kebaikkan pokok dukung anak ni. Jom baca.

Saya baru balik berurut dengan seorang makcik.. dia beritahu anaknya dah 4 tahun kahwin tak dapat zuriat, dan ada orang beritahu agar rebus daun dukung anak ni dan minum… Alhamdulillah anaknya baru selamat bersalinkan anak pertama 2 bulan yang lalu… begitu juga dengan kawan kawan anknya yang tak dapat anak pun lepas minum air daun ni terus mengandung.

Saya kongsikan perkara ni mana tahu dapat membantu para wanita di luar sana yang masih tidak dikurniakan zuriat. Saya tak jual daun ni ya 😂 Ni makcik tu petikkan di belakang rumahnya masa saya nak balik tadi sebab makcik tu kata boleh tunjuk pada rakan rakan yang lain..makcik tu pun sebelum ni tak pernah tahu tentang kebaikan daun ni, bila ada yg beritahu anknya dan Alhamdulillah dgn izin Allah, anknya dapat zuriat dan sebab tu dia mula kongsikan… makcik tu kata daun ni mudah ditemui, kadag kadang tumbuh sekitar pasu pasu bunga.. untuk bayi kena kuning pun elok juga… baru teringat makcik tu ada beritahu…

Tips nak rebus:

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air.
Rebus sampai airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.
Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.

LEBIH TIPS UNTUK ANDA…

Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.

Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi merek yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsian Habibah Badar Bajraiini.

RESEPI LUTUT POWER

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

RESEPI LUTUT POWER

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air

Cara

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

Sumber: Siakapkeli